Anak Hamil Anak Luar Nikah Ibu Gembira

Anak Hamil Anak Luar Nikah Ibu Gembira| - THORNABY, Britain : Seorang remaja perempuan, Soya Keaveney (gambar) menggembirakan ibunya selepas dia hamil luar nikah ketika berusia 15 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika usianya baru menjangkau 12 tahun, Soya Keaveney pernah beraksi untuk sesi fotografi dengan cuma memakai pakaian dalam kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang model.
“Saya terkejut pada mulanya tetapi kini saya sungguh teruja,” kata Soya yang kini hamil 16 minggu.
“Saya merupakan wanita yang pertama akan melahirkan anak dalam kalangan rakan-rakan saya, tetapi saya tidak fikir saya dewasa dengan terlalu cepat,” tambahnya.

Ibunya yang menganggur, Janis, 48, turut gembira kerana kehamilan Soya membolehkan mereka memohon rumah kerajaan yang lebih besar untuk keluarga itu termasuk anak-anaknya yang lain iaitu Coco, Ritzy, Tarot dan Jake di bawah skim kebajikan Britain.

Soya mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Jake Gray, 17, hasil hubungan intim mereka pada Mei lalu.

Janis yang membenarkan Jake tinggal di rumah mereka menyatakan, anak perempuannya benci pengguguran bayi.

“Saya yakin dia akan menjadi seorang ibu yang baik dan akan mendidik anaknya dengan penuh disiplin seperti yang saya lakukan,” kata wanita itu. – paapaada.blogspot

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Shuk_ArChie said...

didik penuh disiplin mcm dia buat??? really?! WTF!!! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.