Anggota Polis, Samseng Di Dakwa Belasah Lelaki India C Sugumaran Bergari Hingga Mati

 Anggota Polis, Samseng Di Dakwa Belasah Lelaki India  C Sugumaran Bergari Hingga Mati| 
Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.
 Berpunca daripada anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.

Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.
 
Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.

Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.

Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.

Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari

.
Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa.
"Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.

"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumaran.

Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.
Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.

Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang.

Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.

Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadann. Celaka! Dah mati tapi masih gari.

" Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.
Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.

Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.

Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.
"Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa.... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan.


Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.

Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik.

"Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.

Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".

Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.


Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini. Sumber: Addin, Anggota Polis, Samseng Di Dakwa Belasah Lelaki India  C Sugumaran Bergari Hingga Mati

Artikel Menarik Lainnya



5 comments:

fizafantagirO said...

tu dia.. hari tu kes JPJ .haa pasni jawab .

Anonymous said...

Ayat pun tunggang langgang....Jgn terus percaya. Mungkin betul mungkin tidak. perlu dgr cerita drp kedua-dua belah pihak. Musim skrg, semua nak ambil kesempatan utk jadikan isu.

Anonymous said...

jangan sebar fitnah bro... cerita sebenarnya Keling gila tu dah mengamuk dan merosakkan harta benda kat Taman perumahan tu... so penduduk cuba tegur tapi dah orang gila kan..penduduk pun tak kenal dan tak tau status org gila ni..so penduduk pun belasah la keling gila ni, memang belasah teruk punya..dan call polis. sebaik saje polis sampai dan yg malangnya sebaik saje polis gari, keling gila ni pun terus rebah dan kojolllllll. so begitulah cerita sebenarnya...
Lagi pun penduduk sekitar Kajang, Semenyih, Beranang hinggalah ke Mantin, Pajam dan Nilai memang berdendam dengan Keling2 samseng ni..diaorang lah yg selalu pecah rumah, samun bersenjata, ragut, peras ugut dan mcm2 lagi..jadi bila dapat tangkap keling2 yg buat hal mcm ni, memang tak bagi muka punya, belasah kaw-kaw punya..biar padan muka diaorang...

Kaki Sembang said...

bro anon..gua nak fitnah buat apa..cuba india tu abg lu..dia tu gila, negara kita ada undang-undang bukan negara koboi silap sikit terus belasah tanpa usul periksa sampai mati pulak tu, ini ke ajaran Islam nk bg contoh kat orang kapir..Satu lagi dah tahu India tu dah mati buat nak gari lagi bukak lah x zalim kaa camtu..dia tu x waras doh..korang nie perkauman begitu tinggi..

Leesa Liisa said...

Assalamualaikum,

saya org hulu langat. masa kejadian tu saya baru balik keje...keadaan memang jem teruk dgn ramai org. punca dan sebagainya tak berani nak cakap. tapi apa yg saya dengar mendiang ni walaupun kurang dari segi mental tapi baik. satu hulu langat kenal dia. cuma disini saya nak ckp siapa pun kita..baik dari segi bangsa dan agama..manusia itu tetap manusia tidak boleh disamakan dengan haiwan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.