Bakar Motosikal Isteri, Penganggur Dijel

 Bakar Motosikal Isteri, Penganggur Dijel| - KOTA BHARU : Seorang penganggur menerima balasan atas perbuatannya membakar motosikal milik isterinya pada Sabtu lalu apabila Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap tertuduh.

Mohd. Zulkarnain Mohamad Sapi (gambar), 33, didakwa bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang memfailkan perceraian di mahkamah.

Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd. Zulkarnain selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat itu.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Zulkarnain didakwa membakar motosikal Ritz RU110 milik isterinya, Che Norlizawati Che Mohd. Noor, 30, di sebuah rumah sewa di belakang Sekolah Kebangsaan Sri Bemban, Berek 12, di sini pada pukul 12.30 tengah hari, 19 Januari lalu. – Kosmo,  Bakar Motosikal Isteri, Penganggur Dijel

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.