Budak Lelaki Berhenti Nafas Setiap Kali Tidur

Budak Lelaki Berhenti Nafas Setiap Kali Tidur - FAREHAM, Britain : Seorang budak lelaki, Liam Derbyshire akan berhenti bernafas setiap kali dia tidur, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai sumpahan Ondine menyebabkan dia perlu menggunakan mesin sokongan hayat semasa tidur di rumahnya.

Keluarganya dari Gosport, Hampshire membelanjakan ribuan pound untuk membayar bil elektrik disebabkan penggunaan mesin berkenaan.

Menurut Dr. Garry Connett yang merawat Liam di Hospital Besar Southampton: “Ia sesuatu yang amat ganjil. Liam merupakan pesakit pertama saya kesan menghidap penyakit itu sejak saya bertugas di hospital ini 12 tahun lalu.”

Liam mempunyai alat penyedut udara berkuasa bateri yang diletakkan di dalam kereta dan dibawa menaiki pesawat sebagai persediaan jika dia tertidur. – Agensi

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.