Generasi Ke 5 Bekerja Di Rumah Pelacuran Selama 150 Tahun

 Generasi Ke 5 Bekerja Di Rumah Pelacuran Selama 150 Tahun - Tara Das berkata, dia generasi kelima dalam keluarganya yang bekerja di rumah pelacuran yang sama di Bangladesh, tetapi kini dia terpaksa berdepan dengan penunjuk perasaan Islam yang mahu perniagaannya ditutup.
Bandar pelacuran di Madaripur dikatakan telah beroperasi sejak kira-kira 150 tahun lalu dan pekerja seks percaya, tunjuk perasaan yang semakin meningkat sekarang didalangi oleh syarikat pemaju yang mahu mengambil alih tanah di situ.

Bulan lalu, kira-kira 10,000 orang yang diketuai oleh kumpulan Islam, Islahe Kaom Parishad (Majlis Reformasi Kebangsaan) mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kompleks lama dan menggesa ia ditutup dan 500 pelacur dihalau keluar.

“Sejak mereka mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran, saya tidak boleh tidur. Beritahu saya di mana saya perlu pergi? Ini rumah saya dan ini pekerjaan yang saya tahu sejak saya kecil. Bantu selamatkan kami dari ketua agama ini,” kata Tara.

Rumah pelacuran itu dibuka untuk pedagang jut ketika zaman kolonial Britain. Ia adalah bangunan batu berlumut tiga tingkat dengan atap zink di tengah-tengah bandar Madaripur, 60 kilometer dari Dhaka. – AFP

Generasi Ke 5 Bekerja Di Rumah Pelacuran Selama 150 Tahun.
 

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Anonymous said...

Memang wajib dibenteras, agar generasi seterusnya lebih bermaruah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.