ILMU: Kewajipan Menutup Aurat

Gambar Hiasan



Gambar hiasan
ILMU: Kewajipan Menutup Aurat|
Semua orang tau kewajipan menutup aurat. Agak sedih ambe tengok anak-anak muda zaman sekarang berpeleseran dengan lelaki yang bukan mahram dan semakin bertambah dari masa ke semasa. Tidak menutup aurat sekarang sudah menjadi suatu 'trend' anak-anak muda demi kepuasan diri semata-mata. Mana pergi ibu bapa mereka? Adakah mereka tahu anak mereka tidak menutup aurat? Secara lazimnya semua ini berpunca dari ibu bapa mereka. Bak kata pepatah "Bapak borek anak rintik".

Secara lahiriahnya, perkara ini berlaku atas kekurangan didikan agama daripada ibu bapa kepada anak-anak malah anak menjadikan ibu bapa mereka sebagai model atau pun contoh kepada mereka untuk meneruskan kehidupan ke arah jalan yang salah.

Dalam perkara yang lain pula, didikan agama telah diberikan, pendidikan dari kecil hingga dewasa telah cukup ilmu agama yang telah dicurahkan. Namun ade juga antara kita yang masih berani melanggar perintah Allah S.W.T. Terutama daripada pengalaman ambe sendiri yang pernah belajar di sebuah pusat pengajian tinggi awam, telah melihat pelajar perempuan yang baik akhlaknya tibe-tibe berubah dan tidak menutup aurat seperti kebiasaannya. Mungkin kejutan budaya atau mungkin dihasut oleh rakan-rakan. Berada di universiti bebas tidak menutup aurat, bila pulang ke kampung masya-Allah macam ustazah pilihan. Kesian kepada keluarga yang bersusah payah mendidik dari kecil hingga dewasa. ILMU: Kewajipan Menutup Aurat

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan



Ni ade sedikit yang ambe nok kongsikan. Ambe ambik skit kt page Anok Tranung FC:

Petikan kuliah UAI:ILMU: Kewajipan Menutup Aurat

Soalan:
Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?

UAI:
Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa. Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya. Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah? Hidayah perlu dicari, bukan tunggu.

Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut..
Renung2kan & Slamat beramal!



Gambar hiasan




 Di sini juga, ambe nok pesan kepada rakan-rakan muslimat yg membaca post nie supaya menilai di mana tahap anda sebagai muslimah yg sebenar seperti yang dianjurkan oleh agama kite. 

Kite banyak melihat dalam isu menutup aurat nie lebih kepada kaum Hawa. Secara khasnya buat kaum Adam pula anda juga wajib menutup aurat.  Sesungguhnya aurat bagi seorang lelaki bermula dari pusat hingga ke lutut.



Aurat bagi lelaki


Jika ade yang tidak betul segera-segeralah kita betulkan agar tidak mudah terjerumus ke arah kesesatan insyaAllah~
#harap adik-adik ambe tidak tergolong dalam golongan yg tidak menutup aurat amin~! ILMU: Kewajipan Menutup Aurat


Nilailah di mana tahap anda wahai wanita


                                                                                                                              created by amadganu

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.