Kanak-Kanak Lelaki Maut Dengan Otak Bersepai

Kanak-Kanak Lelaki Maut Dengan Otak Bersepai - PAGOH : Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam keadaan tragis apabila otaknya bersepai digilis tayar treler yang dipandu bapanya yang terbabas di Batu 10, Jalan Pagoh-Muar di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.20 pagi, Mohd. Afiq Amrin, 5, tercampak keluar dari treler dipandu bapanya selepas kenderaan itu terbalik ketika melalui satu selekoh di situ.
Mangsa yang berada di luar treler itu terus digilis tayar kenderaan itu menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

Treler membawa muatan papan lapis itu dipercayai terbalik selepas hilang kawalan ketika membelok selekoh di tempat kejadian.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, bapa mangsa, Mohd. Yazid Banain, 44, ibu, Suriyati Abd. Rahman, 30-an, dan kakak mangsa, Nur Damia Batrisya, 6, hanya cedera di beberapa anggota badan. – Kosmo :Kanak-Kanak Lelaki Maut Dengan Otak Bersepai

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

fidel castro said...

itu lori kontena..biasanya pengekspot kayu kayan ni tak tahu cara yang selamat mengisi kayu kayan dalam kontena.pabila lori mengambil selekoh biasanya kayu kayan bergerak sebelah membuatkan lori mudah terbabas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.