Kejam Polis Paksa Peniaga Minum Air Kencing

 gambar hiasan
 Polis Paksa Peniaga Minum Air Kencing - Polis Singapura semalam berikrar untuk menyiasat aduan seorang ahli perniagaan tempatan yang mendakwa didera selepas ditangkap atas tuduhan menjual peranti Apple bernilai jutaan dolar.

Ong Su Ping, 32, berkata, polis memaksanya meminum air kencing mereka, memasukkan berus tandas ke dalam mulutnya, menyungkup kepalanya dengan seluar dalam yang sudah diguna, menarik rambutnya dan menyerang kemaluannya,” lapor akhbar Straits Times.

Ong yang berdepan dengan tuduhan menerima 3,400 peranti iPad dan iPhone yang dicuri bernilai Sg$1.4 juta (RM3.42 juta) memberitahu mahkamah semalam, penderaan itu berlarutan empat jam dan dia kemudian sering mengigau kerananya.

Bapa Ong memberitahu akhbar itu, anggota keluarganya tidak dibenar menemui atau bercakap dengannya sejak sembilan hari lalu.

Dakwaan itu mendorong hakim mencadangkan kepada polis supaya seorang pegawai yang tidak terbabit dengan penangkapan ahli perniagaan itu menyiasat dakwaan berkenaan. – AFP

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.