Dipenggal Kepala Dan Dibakar Untuk Merahkan Batu Bata

Kepala Dipenggal Dan Dibakar Untuk Merahkan Batu Bata - DHAKA : Empat buruh ditahan kerana disyaki membunuh seorang lelaki sebelum memenggal kepala mangsa untuk dicampak ke dalam relau dengan harapan ia mampu menjadikan batu bata tanah liat diusahakan mereka lebih merah, kata polis semalam.

Ketua polis tempatan, Golam Sarwar Bhuiyan, berkata mangsa adalah penduduk tempatan dan berusia 26 tahun.

Katanya, kejadian berlaku di kawasan terpencil di utara Bangladesh.
“Pembunuhan itu diarah pemilik kilang batu bata berkenaan yang tidak puas hati dengan produknya kerana kurang merah walaupun suhu membakarnya mencukupi,” katanya.

Golam Sarwar berkata, pemilik kilang itu mengunjungi seorang bomoh bagi mendapatkan nasihat mengenai masalahnya.

Kata Golam Sarwar, bomoh itu kemudian mencadangkan dia membakar kepala manusia.
“Bomoh terbabit mendakwa relau itu perlukan korban manusia untuk dipulihkan,” katanya.
Sehingga semalam, kata Golam Sarwar, polis masih cuba mengesan bomoh dan pemilik kilang berkenaan.

Batu bata tanah liat mendapat permintaan amat tinggi di kawasan luar bandar Bangladesh.
Ciri warna merah selalu menjadi pilihan dan menentukan harganya kerana dianggap menjadi bukti ia dibakar dengan baik dan tahan lama. – paapaada.blogspot

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.