Maut Dirempuh Kerbau

Maut Dirempuh Kerbau| KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu jualan Astro maut akibat merempuh seekor kerbau yang sedang melintas jalan di Kampung Banggol Tuan Muda, Manir awal pagi tadi.

Mohd Abdul Wafi Adha Abd Wahab, 26, maut di tempat kejadian setelah motosikalnya melangar haiwan tersebut kira-kira pukul 3 pagi.

Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kampung itu dipercayai gagal mengawal motosikalnya apabila kerbau itu tiba-tiba melintas jalan.

Seorang penduduk Fauzi Mohd berkata dia dan dua lagi rakannya melihat seekor kerbau di atas jalan raya yang kesakitan dan mengesyaki ia telah dilanggar.

Mereka kemudiannya melihat pula sebuah motosikal tidak jauh dari situ yang di sebelah motosikal itu kelihatan seorang lelaki sedang terbaring.

"Saya cuba mengejutkannya tetapi tiada tindak balas. Saya lalu menelefon ambulans," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu. - Bernama

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.