Pihak Polis Sudah Pasang Niat Untuk Belasah Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat?

Merujuk kepada gesaan pihak polis supaya para wartawan yang akan membuat liputan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini supaya memakai pas khas yang akan dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia agar mereka mudah dikenal pasti supaya insiden wartawan dipukul anggota polis tidak berulang lagi sebagaimana yang pernah berlaku semasa himpunan Bersih 3.

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI),  Terengganu menghargai niat baik pihak polis terhadap petugas media dalam masa yang sama KAMI memerhatikan perkembangan ini dengan penuh kecurigaan.

[Gambar - Peserta Himpunan Bersih 3 yang di terajang oleh polis, sehingga kini tiada polis yang ddakwa......]

Mengeluarkan pas khas supaya wartawan boleh dikenali dan tidak menjadi mangsa ‘tersalah pukul’ oleh anggota polis, apakah ini bermakna pihak polis telah memasang niat yang salah untuk mengulangi semula insiden pesta membelasah orang awam yang tak bersenjata, tak melawan dan tak berdaya semasa himpunan itu kelak?

Barangkali jika ada wartawan yang ‘tersalah dibelasah’ tentu sekali ianya akan menghadirkan publisiti buruk kepada pihak polis dengan kuasa media yang mereka miliki, tetapi persetankan dengan rakyat awam! Jangan risau, belasahlah mereka secukupnya! Sebab dan alasan nanti boleh direka untuk diwar-warkan ke seluruh dunia akan kewajaran tindakan paling ‘bersopan santun’ pihak polis terhadap rakyat sendiri.

Sebagaimana kenyataan Ketua Polis Negara sebelum ini, bahawa tindakan yang telah diambil adalah yang paling minima dan paling kurang menyakitkan. Sebab itulah KAMI mengesyorkan agar ketua polis tersebut apabila bersara kelak, silalah hadir dalam himpunan anjuran Pakatan Rakyat. Duduklah di barisan depan, kemudian mintalah anggota polis supaya melontarkan gas pemedih mata dan semburlah dengan air kimia. Lebih enak lagi, mintalah 4, 5 orang anggota polis supaya menghadiahkan penyepak percuma kepada bekas Ketua Polis Negara ini nanti. Nah! Rasailah betapa lazatnya bila diperlakukan begitu.

Suka KAMI tegaskan di sini, wartawan, pengamal media serta rakyat biasa, semua mereka mempunyai hak yang dilindungi perlembagaan untuk menghadiri sebarang himpunan aman termasuklah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan sabtu ini. Peranan pihak polis adalah untuk memberi kerjasama sepenuhnya supaya ianya berlangsung dengan aman dan penuh ketertiban.

Amat mendukacitakan apabila pengalaman himpunan-himpunan sebelum ini, peranan pihak polis dalam mencetuskan provokasi menjadi sebab utama huru-hara dan kekacauan sehingga akhirnya mendatangkan natijah buruk kepada semua pihak. KAMI memohon supaya kewarasan bertindak pihak polis dalam himpunan kali ini boleh ditulis sebagai suatu detik terhormat dalam sejarah Negara yang menuju ke arah Negara maju tahun 2020.
|
Status negara maju mesti seiring dengan perubahan minda dan tindakan.  Tentu sekali tidak bermakna apabila kononnya negara kita telah maju tetapi cara kita berfikir dan bertindak masih primitif! Kalau bukan primitif, apa lagi istilah yang lebih terhormat untuk mengambarkan kejamnya apabila seorang rakyat awam yang tak berdaya dibelasah hingga patah renyuk oleh anggota keselamatan yang sepatutnya berperanan melindungi rakyat?

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)
Terengganu


Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Gelombang Anak Muda said...

baru perasan kaki sembang berwajah baru................. ^^

Faris Love Islam said...

Baru perasan kaki sembang berwajah baru........^^

Kaki Sembang said...

kakisembang bukan berwajah baru tapi template dia berubah sendri..haha giler ke apa nth

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.