Ngeri Dan Pelik | Restoran Mamak Yang Dibina Di atas Kawasan Perkuburan.

Restoran mamak yang dibina di atas kawasan perkuburan.|
Selamat datang ke Restoran New Lucky di Ahmedabad India. Ianya sebuah restoran mamak yang dibina di atas kawasan perkuburan.

Restoran mamak yang dibina di atas kawasan perkuburan

 Restoran ini terkenal dengan teh tarik dan roti nan yang dikatakan tersedap di Ahmedabad.Persoalannya kenapa restoran yang terkenal ini dibina di atas kubur yang diwarnakan hijau? Kisah bermula 50 tahun dahulu. Seorang lelaki bernama KH Mohammad membuka gerai minuman dan roti nan di luar kawasan perkuburan.

Lama kelamaan bisnes beliau semakin membangun dan gerai kecil membesar menjadi restoran. Tetapi di Ahmedabad sukar untuk mencari tapak dan kubur lama dari kurun ke-16 ini dijadikan tapak restoran New Lucky.Sebagai tanda hormat kubur di dalam restoran ini dijaga dengan rapi. Menurut tuan punya restoran ini sekarang Encik Krishnan Kutti Nair merasakan kubur ini membawa tuah kepada beliau.

Kubur-kubur ini dipercayai kubur sanak saudara seorang ahli Sufi yang terkenal di Ahmedabad.Jadi Encik Nair percaya ini bersangkut rapat dengan sebab kenapa restoran beliau sangat laku.Siapa di Ahmedabad silalah makan di New Lucky. Boleh enjoice minum teh tarik bersebelahan kubur! Unik! Kalah Ali Maju, Najath, Line Clear, Pelita dan Maulana!

Sumber: Rony Anuar.com, restoran mamak yang dibina di atas kawasan perkuburan.

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.