Rosmah Mansor Pula Bersumpah!

Rosmah Mansor Pula Bersumpah!|Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor berkata beliau berani bersumpah kepada Allah bahawa beliau tidak mempunyai cincin bernilai RM24 juta seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Bagaimanapun, Rosmah mengakui beliau ada melihat cincin tersebut apabila ia dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamerkan "kepada orang yang ada duit".

"Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung.

"Memang cincin itu masuk untuk dipamer kepada orang yang ada duit. Saya tak ada duit tapi saya tengok saja, very nice, very nice, habis cerita," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Walaupun Rosmah tidak menyatakan secara khusus tetapi dipercayai beliau merujuk kepada dakwaan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin pada 2011.

Badrul Hisham, yang juga dikenali oleh nama blognya - Chegubard - membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa beliau menerima maklumat bahawa sebentuk cincin bernilai RM24,458,400 telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dari New York dengan Rosmah sebagai penerimanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa walaupun cincin itu dibawa masuk ke negara ini, ia tidak dijual dan akhirnya dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.

Rosmah kemudian menafikan dakwaan tersebut, dan menyifatkannya sebagai fitnah, tetapi tidak mendedahkan sama ada beliau pernah melihat cincin itu sebelumnya.



P/S: kalau sumpah menyumpah je dpt selesaikan masalah..x mustahil lepas2 ni penyangak..perogol ramai yg bersumpah untuk mengelakkan dia terlibat.

AL QALAM:

[10]Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -

[11]Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untu
k memecah belahkan orang ramai), -

[12]Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -

[13]Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.

[14]Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -


Sumber: FB Bus Man 

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.