Rosmah Mansor Rasmi Program Roti 1 Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Jan - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melancarkan Persatuan Kebajikan Program Roti 1Malaysia.
 
Program Roti 1Malaysia merupakan projek yang melibatkan kerjasama diantara individu dan sektor korporat dalam usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan mengedarkan roti dan pastri yang berkualiti ke rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua.
 
"Saya melihat,program amal ini bukan sahaja dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik, malah dapat mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.
 
"Program amal ini dapat mewujudkan kerjasama diantara individu, sektor korporat serta sukarelawan belia," katanya pada Majlis Pelancaran Persatuan Kebajikan Program Roti 1Malaysia di Menara Hap Seng di sini.
 
Turut hadir ialah Pengasas Program Roti 1Malaysia, Datuk Anne Eu, Penaung Program yang juga merangkap Penasihat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seng Kie serta Duta Jenama Roti 1Malaysia, Datuk Jimmy Choo.
 
Menurut Rosmah, program ini juga secara tidak langsung memupuk sikap bantu-membantu dikalangan masyarakat khususnya kepada golongan yang kurang bernasib baik.
 
"Selain itu, secara tidak langsung program amal ini boleh memberi kegembiraan kepada mereka," katanya.
 
Sementara itu, Rosmah turut mencadangkan agar program amal ini diperluaskan kepada Pusat-pusat Program Permata Negara yang merupakan pusat pendidikan awal kanak-kanak.
 
Program Roti 1Malaysia mula telah bermula pada Ogos 2011 sebagai tempoh percubaan dengan mengumpulkan roti dan pastri yang berkualiti daripada beberapa hotel di seluruh Lembah Klang.
 
Sektor korporat yang telah menyertai program ini antaranya ialah Berjaya Times Square, Cyberview Lodge Resort & Spa, Dorsett Regency, Grand Dorsett Subang, Hotel Renaissance serta Resorts World Genting.
 
Sumber: KLpos.com
 
P/S: Semua nak satu Malaysia, tulah sebabnya Najib kawen sorang jea, 1 bini Malaysia..haha
 
Satu lagi pasal Rosmah... siapa dia nie, Ahli Parlimen mana?, Menterikah dia..Negara kita  nie kalau ada perasmian mesti Rosmah yang banyak pergi rasmi..hehe
 
Dalam banyak-banyak Isteri PM, Rosmah paling aktif..tahniah..hehe
 
 

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.