STATUS HIMPUNAN RAKYAT GUNA STADIUM MERDEKA MASIH JADI TANDA TANYA-PENGURUS STADIUM MENGHILANGKAN DIRI

KUALA LUMPUR – Sama ada Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dijadual untuk diadakan berlangsung di Stadium Merdeka, Sabtu ini belum ada keputusan daripada pihak pengurusan stadium terbabit.

Perhimpunan aman anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat melahirkan kekesalan itu, apabila permohonan mereka untuk menyewa, sekali gus menggunakan stadium bersejarah itu sebagai lokasi utama perhimpunan kali terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak mendapat maklum balas positif daripada Merdeka Heritage Trust.

Menurut Setiausaha Kerja Himpunan Kebangkitan Rakyat, Adib Ishar, permohonan untuk menggunakan Stadium Merdeka telah dikemukakan kepada pengurusan stadium pada 26 Disember lepas.

Bagaimanapun sehingga kini pihaknya masih tidak mendapat sebarang maklum balas ataupun surat kelulusan penggunaan kemudahan itu.

"Kita datang hari ini untuk menyerahkan surat lanjutan permohonan kita yang lepas, saya dah hubungi banyak kali pengurusan Merdeka Heritage Trust, tapi masih tiada jawapan.

"Malangnya kami pada hari ini, dinafikan hak untuk berjumpa dengan wakil daripada Stadium Merdeka, jadi kita agak kecewa,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini bagi menyerahkan memorandum desakan supaya pihak Stadium Merdeka mengeluarkan surat kebenaran menggunakan kemudahan sukan itu pada 12 Januari ini.

Tambah Adib, hasrat Sekretariat PR untuk menyewa Stadium Merdeka sebagai satu sahutan kepada cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini meminta pembangkang mengadakan himpunan dalam stadium tersebut.

Dalam pada itu, Setiausaha Dewan Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang turut serta dalam penyerahan memorandum desakan mendakwa pihaknya telah memaklumkan secara lisan kepada pihak pengurusan stadium untuk bertemu hari ini.

Namun setelah sejam jam menunggu, pihak pengurusan tidak muncul atau menghantar wakil.

"Nampaknya mereka tidak boleh hantar wakil, kerani pun tak boleh hantar, pembantu peribadi pun tak boleh hantar sedangkan kami sebut, kita nak hantar surat, bukan kita nak berbincang atau sebagainya, hantar surat bagi pihak Pakatan Rakyat.

"Bagi kami, ini satu sikap yang tidak baik ditunjukkan oleh pengurusan stadium walaupun mereka berjanji bahawa pengurusnya sendiri akan turun ke bawah,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun beliau memuji pihak keselamatan yang memberi respons yang baik tentang hasrat mereka untuk mengadakan himpunan aman dalam kawasan tertutup, malah mereka bersedia memberi kerjasama untuk menjaga keselamatan sepanjang program berlangsung nanti.

"Kita bimbang bila saat akhir kelulusan dibuat, andai kata dibatalkan atau tidak diterima, kita bimbang ia akan menyebabkan tekanan lain atau tindakan lain seperti provokasi yang menyebabkan himpunan ini akan gagal,” katanya sambil mempersoalkan kelambatan pihak
stadium mengeluarkan surat kebenaran meskipun dua kali tindakan susulan telah diambil pihaknya.

Sementara itu, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Julailey Jemadi melahirkan kekecewaannya apabila pihaknya tidak dibenar memasuki pejabat pihak pengurusan stadium sebaliknya mereka hanya dibenarkan menunggu di lobi bangunan PNB.

"Layanan ini seolah-olah tidak menggambarkan kebudayaan kita sebagai rakyat Malaysia yang menerima tetamu tapi dilayan begitu saja, agak mengecewakan kami,” katanya.

Ditanya sekiranya permohonan mereka ditolak, pihaknya bertegas akan meneruskan himpunan aman.

"Kami akan buat tindakan susulan selepas ini mungkin petang ini, mungkin besok pagi dan bila-bila kami akan desak pihak pengurusan Merdeka Heritage supaya permohonan kami diterima,” katanya.

Sehubungan itu, satu mesyuarat khas pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan diadakan esok bagi mencari jalan keluar kepada kemelut ini dan hasilnya akan dibawa kepada pengetahunan pihak Bukit Aman bagi tindakan susulan sebelum perhimpunan itu diadakan.


Sumber: FB

P/S: Apalah susah sangat nak bagi permit, Kpop boleh plak bagi...aparaaaaaaa..

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

beritaMY said...

assalamualaikum encik kaki sembang.. saya blogger kepada genre blog sama macam tuan,blog informasi dengan nama beritamy.blogspot.com ingin menjadi rakan kongsi blog saudara untuk dimasukkan kedalam list blog saudara.untuk pengetahuan,blog list kaki sembang sudah dimasukkan ke dalam blog list beritamy dibawah column rakan siber beritamy ..mohon beri kerjasama untuk dimasukkan ke dalam list blog saudara..sekian ..terima kasih..

Ryza said...

ntah la.. for me, they just give more reasons for people to not support them anymore... such a coward.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.