Warga asing bawa parang di Ambang 2013 I City !!

SHAH ALAM - Polis menahan enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana menimbulkan kekecohan semasa berlangsungnya Konsert Ambang Tahun Baru di Karnival Sayangi Selangor di I-City di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata kesemua yang ditahan itu terdiri daripada lima warganegara asing berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang remaja lelaki tempatan.

"Kita menahan kesemua lelaki terbabit apabila mereka menimbulkan kekecohan dengan menolak orang ramai kerana mereka mahu menghampiri pentas utama.

"Pemeriksaan ke atas kumpulan lelaki yang berpakaian seperti 'band punk' itu, pihak polis menemui dua bilah parang daripada dua suspek.


"Manakala sebilah pedang samurai pula ditemui berhampiran tempat kejadian yang kita percaya sengaja dijatuhkan (ke tanah) oleh seorang daripada suspek bagi mengelakkan dia ditahan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati kesemua lelaki asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala remaja tempatan itu tidak membawa kad pengenalan bersamanya.

Kumpulan warga asing itu direman empat hari untuk siasatan lanjut manakala remaja itu dibebaskan setelah diambil keterangan, katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata berbahaya dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1963 kerana berada di negara ini tanpa permit sah.  - Bernama


P/S: Warga asing join sekali rupanya, nie bukan sayangi Selangor tapi sayangi Indonesia..Amacam..hahaha
 Dahlah pergi tempat maksiat mcm nie pastu nak parang-parang plak, mati sia-sia jer..Aku haraplah Jakim dan mufti panggil penganjur bagi penjelasan baru nampak ada tanggungjawab sikit, jangan duk makan gaji buta jer..

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

C++ said...

Bhai KakiSembang...

Err.... Patutnyer mamat-mamat nih kena tembak 21 das oleh Koperal Jenain Subi... sebab diorang bawak senjata parang dan pedang samurai...

Mana Koperal Jenain Subi... nih area Seksyen 7 Shah Alam nih... kawasan dier nih....

Takkan la cuma berani tembak 21 das sampai mati kat AminulRasyid jer.... hahaha

Tuan Cimot said...

smpi bwk parang pulak..dh bhaya tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.