Warga Emas Dibelasah Bekas Menantunya Sehingga Mati

Warga Emas Dibelasah Bekas Menantunya Sehingga Mati - Ipoh : Seorang warga emas koma tiga hari sebelum meninggal dunia Ahad lalu apabila dibelasah bekas menantunya yang juga seorang juruteknik dalam kejadian, di Taman Menglembu, petang Selasa lalu.
Mangsa, Lee Kaw Chai, 68, parah di kepala dan muka sebelum dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, sehari kemudian tetapi koma selama tiga hari sebelum maut.

Dalam kejadian jam 1.45 petang, Selasa minggu lalu, mangsa dikatakan bertemu suspek di taman perumahan itu bagi membincangkan proses penjualan rumah atas nama suspek dan bekas isterinya.
Bagaimanapun, perbincangan berkenaan bertukar tegang apabila suspek yang berusia 52 bertindak memukul mangsa di kepala dan badan menyebabkan mangsa cedera parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong yang ditemui wartawan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu yang pada mulanya diklasifikasikan sebagai kes mencederakan orang. – Metro

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.