Warga kota yang dikenakan saman bagi semua jenis kesalahan trafik Kompaun RM30 sepanjang Februari

Warga kota yang dikenakan saman bagi semua jenis kesalahan trafik Kompaun RM30| 
Sepanjang Februari KUALA LUMPUR – Warga kota yang dikenakan saman bagi semua jenis kesalahan trafik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya perlu membayar kompaun pada kadar rata iaitu RM30 sepanjang bulan Februari depan.
“Pemberian diskaun pada kadar rata itu dilakukan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari ini,” demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Ketika ini, semua pesalah trafik yang dikenakan saman oleh DBKL perlu membayar kompaun antara RM100 hingga RM300 bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.

“Tawaran kompaun istimewa itu bagaimanapun hanya sah bermula 1 hingga 28 Februari ini dan pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL pada hari bekerja dengan membawa bersama-sama notis kompaun.”

Tambahnya, selain diskaun kompaun, warga kota juga bakal menerima pelbagai ‘buah tangan’ yang lebih menarik berbanding pada tahun-tahun sebelum ini.

“Antara ganjaran yang diberikan ialah penggunaan kemudahan awam di bawah pengurusan DBKL seperti gelanggang futsal, tenis, badminton, padang bola sepak dan kolam renang secara percuma sepanjang bulan depan.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh menikmati perkhidmatan menaiki bot dan menunggang kuda secara percuma di Taman Tasik Titiwangsa sepanjang bulan itu.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
P/S: Nie lah rahmat dekat nak pilihanraya..hehe cpt pergi bayar bila lagi nak murah cmnie..hehe APTB

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

effortlab said...

Rakyat didahulukan. Yeahhh!

effortlab said...

Rakyat didahulukan. Yeahh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.