PANAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang | FIRAUN PUN BAGI "BR1M" - Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

FIRAUN PUN BAGI "BR1M" - Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang  |

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumpamakan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan BN dengan tindakan Firaun di Mesir yang menurutnya memberi kekayaan demi menyesatkan pemikiran rakyat

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang membacakan kutipan ayat daripada Al-Quran itu menceritakan semula kisah Nabi Musa berhubung sikap Firaun yang cuba "membodohkan rakyat" itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M," katanya Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sambil diringi gelak ketawa perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebelum itu menceritakan bawah Nabi Musa pada awalnya meminta Allah menjelaskan mengapa Firaun diberi kekayaan yang banyak.

"Nabi Musa berdoa wahai Tuhan kami, mengapa engkau beri kepada Firaun, kekayaan yang melimpah ruah. Dengan kekayaan itu, digunakan untuk menyesatkan rakyat bukan untuk membela rakyat," katanya.

Seterusnya, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menceritakan pula mengenai keangkuhan Firaun yang mendakwa berkuasa untuk memberi nikmat kepada rakyat berkenaan.

"Firaun telah mengarahkan rakyat Mesir, dikumpul beramai-ramai, dan Firaun berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini?

"Sungai-sungai yang mengalir di kampung-kampung, ini adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku.

"Aku (Firaun) yang bagi. Satu lagi projek aku (Firaun). Al-Quran berkata maka Firaun menjadikan rakyat ringan (meremehkan) akal dan membodohkan rakyat," kata Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diiringi ketawa yang menggamatkan dewan konvensyen.

-MALAYSIAKINI

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.