Ustaz Nasharuddin Mat Isa Siaran Langsung Di TV 3 |
Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bersiaran langsung jam 11 malam tadi siaran selama sejam telah mengupas banyak perkara mengenai kenapa antaranya kenapa beliau bersama PM di Gaza dan banyak lagi kupasan yang bagi aku menguntungkan pihak kerajaaan |.
Aku bukan apa, dan tidak layak untuk memberi komen kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa, tapi pujian yang melambung2 kepada Perdana Menteri dan keluarga beliau menggambarkan betapa besarnya jasa mereka kepada Palestin, seolah-olah Tuan Guru Presiden tidaklah sehebat mereka.
Ustaz Nasha juga berulang kali menyebut & memuji berkali-kali NGO yg berkaitan
dgn UMNO didalam membantu Palestin tanpa menyebut walaupun sepatah apa
yg PAS atau KEADILAN atau NGO disebelah PR ni lakukan, adalah tidak adil bagi beliau yang mengaku sebagai Ahli PAS.
TG Haji Hadi pesan: Jangan
mudah masuk perangkap musuh, kalau pening rehat
sekejap, bukan terus terjun dalam laut. Nanti di makan ikan paus.
Kembalilah ke pangkuan jemaah semula wahai Ust Nasha. Ramai
jerung-jerung diluar sana sedang menanti anda menjadi lauknya..hehe
Dan ini pandangan Ustaz Mustafa Kamal dalam FB beliau, ( Tekan )
Sekarang ni tengah tengok TV3 dalam soal jawab bersama Ustaz Nasharuddin bekas ahli syura PAS.
Sekadar memberi pandangan :
Kita akan diuji dengan pangkat dan kedudukan, ada yg Allah kekalkan
kedudukan kita, ada yang Allah hilangkan kedudukan kita, ketahuilah itu
semua ujian dari Allah, cuba kita renung sejenak Saidina Khalid Al Walid
pernah dipecat namun dia bersyukur kepada Allah kerana itulah kehendak
Allah.Berjuanglah kerana Allah bukan kerana pangkat.
Apabila
kita berselisih faham,maka janganlah kita membuka aibnya. Bersabarlah
dan berserahlah pada Allah dan tunjuklah akhlak yg baik.
Maafkanlah ustaz, ustaz pun alami juga ..... tapi janganlah kita mengeruhkan lagi keadaan.
Ustaz Nasharuddin Mat Isa Siaran Langsung Di TV 3.
3 comments:
Kalau PAS dok layan orang gila macam Nasha ni bermakna PAS dah tiada integriti dan prinsip untuk mempertahankan apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat majlis syura.Pecat saja habis cerita,biarkan dia bercakap melalui media yang sentiasa kalah dalam kes mahkamah tu,rakyat boleh menilai siapa dia yang bernama Nasaruddin mat isa.
Maaflah kalau Pakcu kata bila orang dibuang dari keluarga lama maka apa salahnya kalau keluarga baru pungut dan buat baik padanya...maka salah kah kalau dia puji yang baru malah tak pulak caci keluarga lama ? .
Apakah keluarga lama rasa cemburu diatas ucapan terima kasih tersebut ?
Apakah tidak perlu sebagai anak pungut merakam terima kasih kerana berada lama dalam keluarga yang membuangkannya ?
Itukan maksud yang tersirat dari hati keluarga yang membuang Ust.Nasha ???.....Walahualam
aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/
Post a Comment