komander MNLF yang dilatih di Malaysia akan datang membantu pasukan Kesultanan Sulu di Sabah

Bekas ketua proganda Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Hadji Acmad Bayam mendakwa bahawa para komander MNLF yang dilatih di Malaysia akan datang membantu pasukan Kesultanan Sulu di Sabah.

NONEBayam memberitahu Buletin Manila bahawa MNLF dikatakan mempunyai simpanan senjata yang banyak yang mereka sembunyikan di Sabah selepas latihan mereka di sana, termasuk GI buatan Belgium dan FAL, yang didakwanya dibekalkan oleh pemimpin Libya ketika itu, Muammar Gaddafi, melalui Malaysia.

Beliau menyatakan keyakinannya bahawa senjata tersebut belum ditemui pasukan Malaysia kerana ia telah disembunyikan dengan baik oleh para komander MNLF yang tinggal di Sabah.

Bayam juga mendakwa ramai penduduk Filipina yang tinggal di Sabah telah menyertai perjuangan apa yang mereka anggap sebagai "kekejaman" Malaysia dan bahawa banyak pihak sedang berusaha untuk sampai ke Sabah bagi membantu pasukan Sulu.

Sumber: Malaysiakini

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.