Salih Yaakob Mahu Tumpu Ibadat Dan Keluarga

Salih Yaakob Mahu Tumpu Ibadat Dan Keluarga | Ekoran daripada kejadian pelakon dan pelawak, Salih Yaakob membuat video lakonannya di Youtube, Salih yang juga penyampai radio Sinar FM dikatakan bakal meninggalkan bidang seni.

 “Jiwa saya tidak lagi tertarik dengan kehidupan sebagai artis dan saya memang berhasrat untuk tidak lagi terbabit dalam bidang seni termasuk sebagai penyampai radio.

“Hasrat ini sudah saya pendam sejak 2011 lagi, tetapi terpaksa melengahkan hasrat itu kerana beberapa masalah,” kata Salih Yaakob, 52, yang dipetik dari Harian Metro, hari ini.

Tambah Salih, keinginan itu semakin kuat apabila dia dikecam oleh segelintir pihak apabila mengeluarkan video seperti itu.

Bagaimanapun, Salih yang bergelar anak seni sepanjang 33 tahun berkata, klip video itu bukan satu-satunya faktor yang menyebabkan dia ingin bersara tetapi dia juga kini mahu memberi lebih tumpuan pada perniagaan dan keluarga.

Kata Salih, atas faktor umur juga, dia mahu memperbanyakkan amal ibadat selain menyempurnakan tanggungjawab terhadap empat isteri dan 11 anaknya.

“Memang sedih membuat keputusan sebegini tetapi apakan daya, itu keinginan yang saya mahukan,” katanya.

Sementara itu, beberapa hari lalu, Salih telah merakamkan cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang.

Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

“Kecaman yang saya terima berikutan pembabitan dalam klip video itu mungkin petunjuk Tuhan untuk saya menamatkan kehidupan sebagai anak seni,” katanya. – MyNewsHub

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.