Video Lucah Oleh Blog Pornografi ( Papa Gomo ) | Wardina Safiyyah Bersama Kumpulan NGO wanita mengadakan forum bertajuk "Bantahan Terhadap Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU 13"

Wardina Safiyyah |  Kumpulan NGO wanita mengadakan forum bertajuk "Bantahan Terhadap Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU 13"|


Alhamdulilah semakin ramai pihak yg sedar dan bangun menentang kempen kotor dan jijik sepanjang kempen bermula.


(Wanita Malaysia bergabung membantah parti politik yang mengedarkan video lucah dalam kempen mereka)
KUALA LUMPUR: 14 NGO wanita serta tiga personaliti bergabung tenaga hari ini bagi membantah penyebaran video lucah di media.
Bagi mereka, langkah itu satu tindakan yang tidak kena dan melanggar tatasusila hidup masyarakat negara ini.

(Dr Harlina membantah keras pendekatan politik lucah untuk meraih undi...beliau mengajak semua wanita tunjukkan bantahan di kertas undi. Itupun selemah-lemah iman, katanya)
Sehubungan itu, mereka mengajak seluruh rakyat khasnya wanita menolak mereka yang menggunakan pendekatan sebegitu dalam kempen mereka.
Mereka menyatakan demikian pada sidang media ‘Bantahan Terhadap Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU13’ di sebuah hotel di Sungai Besi, pagi ini.
Kumpulan wanita ini diketuai oleh  Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Penyelaras Bantahan Bersama NGO Wanita merangkap Naib Ketua Wanita IKRAM & Pengerusi JK Pembangunan Sosial Ikram.
Antara NGO wanita yang menyertai bantahan ini adalah:
A. Pertubuhan


(Wardina Sofiah antara yang sangat marah dengan budaya ini)
1) Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
2) Helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3) Biro HALUANITA, Pertubuhan Himpunan Lepasan 4) Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
5) Integrated Muslimah Associations and Networks Alliance (IMAANA)
6) Pertubuhan Nisa’ Malaysia (NISA’)
7) Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH)
8) Association of Women’s Initiative for 9) Research, Development & Advancement (WIRDA)
10) Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN)
11) Wadah Kecerdasan Umat Malaysia (WADAH)
12) Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
13) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14) IKRAM Siswa



B. Individu perseorangan

1) Prof Dr. Muhaya Muhammad ( Pakar Motivasi & Personaliti TV)

2) Pn Wardina Safiyyah Fadhullah ( Pengacara dan Personaliti TV)
3) Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Noordin ( Penulis Novel Dakwah & Penceramah)
Harakahdaily/-



Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Katak Comel said...

ini kalilah!!!
hihi

Anonymous said...

Tahniah kepada anda semua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.