Panas | :: Ucapan Ahmad Said berbaur Politik Dendam ::

Panas | :: Ucapan Ahmad Said berbaur Politik Dendam ::|  MB ku yang ketinggalan zaman mengamalkan politik zaman 60-an dan tidak sesuai di amalkan pada zaman teknologi dan ilmu ini..

 Adun Batuk Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyifatkan ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berbaur politik dendam.

Sebaik selesai majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah, Ahmad enegaskan mereka tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Jelas Ahmad Said, rakyat di kawasan Parlimen dan Dun berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

Mengulas perkara itu, Syed Azman begitu kecewa dengan kenyataan sedemikian daripada mulut seorang menteri besar kerana di dalam kerajaan setiap menteri besar bukan mewakili parti dan harus membela ke semua rakyatnya tidak kira parti mana sekali pun.

"Misalnya saya mewakili rakyat di Dun Batu Buruk, saya perlu mewakili seluruh penduduk saya, semua kena bagi sama rata, kena bagi pembelaan tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

"Begitu juga MB, dia (Ahmad Said) bukan mewakili MB Umno, dia adalah MB Terengganu sepatutnya berjiwa besar berikan pembelaan kepada seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira parti dan agama. Ucapan Ahmad Said menyerlahkan siapa dirinya sebenar," tegas Syed Azman kepada Harakahdaily.

Katanya, PAS membantah tindakan yang kontra daripada apa yang diamalkan oleh kepimpinan Terengganu.

Lebih-lebih lagi keputusan PRU13 di Terengganu, katanya lebih menampakkan satu referedum rakyat kepada Ahmad yang dilihat gagal mentadbir negeri itu.

"Misalnya, perbelanjaan lebih RM10 billion antara yang paling tinggi dalam Semenanjung malaysia, sehingga kini beliau masih gagal membela nasib rakyat negerinya," katanya.

Bagaimanapun, tegas Syed Azman PAS Terengganu akan terus berjuang memberi pembelaan kepada rakyat khususnya perjuangan anak muda yang begitu menyerlah pada PRU kali ini.

Tegasnya, PAS akan terus memberi khidmat tanpa mengira parti berbeza dengan Ahmad yang lebih utamakan politik.

"PAS Terengganu akan menjadi pembangkang yang kuat dan akan sentiasa membuka pintu seluasnya tanpa mengira parti, dengan segala kekurangan yang ada kita sedaya upaya akan memberi khidmat yang terbaik.

"Bagi kita rakyat Terengganu wajar dibela tanpa kira parti hatta kita perintah tidak ada diskriminasi kepada rakyat Terengganu," katanya.

Syed Azman yang mendapat 13,679 undi pada PRU13 berjaya mempertahankan Dun Batu Buruk dengan majoriti 2,273 berbanding 1,162 pada PRU12.

- Harakahdaily -
:: Ucapan Ahmad Said berbaur Politik Dendam ::

Artikel Menarik Lainnya

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.