Penipuan Terhebat Pilihanraya Di Terengganu | Bn Terengganu Diambang Bahaya

PETALING JAYA 15 MEI: KEADILAN mendedahkan satu lagi bukti penemuan terbaru berhubung penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.
Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Besut.
Sai
“Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24  petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi,” jelas Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti, petang semalam.

“Kini kita (Pakatan) ada 29 kawasan Parlimen yang mempunyai bukti kukuh menjelaskan dakwaan kita berhubung penyelewengan pilihan raya,” kata Saifuddin yang enggan mendedahkan sebuah lagi kawasan lain.

Menurutnya lagi, salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli.

“Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan,” katanya.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menang memperolehi 35,232 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor 26,890 undi dengan majoriti 8,342.
Isnin lalu, Rafizi memberitahu, terdapat 27 kawasan Parlimen yang akan disiasat dan membuat petisyen bantahan berhubung penipuan pilihan raya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52096

P/S: In Sya Allah kebenaran pasti akan muncul, sedikit demi sedikit penyelewengan akan terbongkar, setelah laporan dibuat aku berharap pihak berkuasa melakukan penyiasatan dengan telus dan cepat. Dan jika perkara ini diakui benar harus pilihanraya perlu diadakan semula dan kuasa pilihan rakyat wajib dikembalikan.

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.