PETALING JAYA: Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan
semalam, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan
diikat jamin.
Safwan Anang | Beliau Memilih Penjara Daripada Dijamin |
Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan,
Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja
berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.
Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:
- Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa untuk kepentingan hayat Umno-BN.
- Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.
- Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!
- Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan juga rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.
Tiga lagi aktivis yang ditahan semalam ialah pemimpin ABU (Asal Bukan
Umno) Haris Ibrahim, Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Ahli Parlimen
Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar.
Mereka telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung
dakwaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13
Mei lalu.
Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca
pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing
dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000. ~free malaysia today
semoga perjuangan beliau mendapat rahmat dari Ilahi, ambe x lah sekuat Safwan Anang, di saat isterinya sedang mengandung beliau memilih penjara sebagai tempat untuk membuktikan bahawa demokrasi di Malaysia adalah palsu, dan pembodohan rakyat yang sedang berlangsung.
Ambe sebagai anak muda akan terus berada di belakang beliau, in Sya Allah perjuangan yang benar pasti akan menang dan kebatilan pasti akan lenyap..Allahuakbar!!!
0 comments:
Post a Comment