Shamsul Iskandar Yang Kurang Adab | Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terhadap kenyataan Ketua A.M.K

Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terhadap kenyataan Ketua A.M.K | Kes Shamsul Iskandar yang menempelak Tok Guru Haji Hadi Awang, bagi akulah cara teguran itu penuh tidak beradab dan aku tidaklah mengatakan bahawa Tok Guru seorang yang maksum tidak boleh ditegur, sebagai anak muda tegurlah secara berhemah. Pergi berjumpa dan selesaikan secara adik beradik, jangan sampai perkara kecil ini diperbesarkan dan digunakan oleh pihak musuh untuk memecah belahkan pakatan rakyat..Fikir-fikirkanlah jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.



Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terhadap kenyataan Ketua A.M.K

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

1- Saya merujuk kepada ucapan Ketua A.M.K Sdr Shamsul Iskandar Md Akin di Kongres Nasional Keadilan seperti yang disiarkan oleh The Malaysian Insider bertarikh 24 Mei 2013. Berikut adalah kenyataan balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2- Apa ingin saya tegaskan, PAS ialah sebuah gerakan Islam yang tidak akan mengkhianati janji kerana itu adalah akhlak Islam. Sekalipun berlaku salah faham, maka sewajarnya guna saluran yang baik dalam menegur demi menjaga keharmonian dan tidak memberi ruang pada pihak lawan.

3 - PRU -12 adalah sejarah hitam bagi Perak apabila ada di kalangan YB P.K.R sendiri telah lompat parti. Ianya merupakan pengajaran untuk PR di Perak secara umum dan PAS di Perak secara khusus untuk lebih berhati hati dan berwaspada dalam soal pemilihan calon.

4 - PAS bergerak di atas dasar kepentingan Islam tanpa mengkhianati prinsip dan perjuangannya maka tindakan yang dilakukan adalah diteliti dan dikaji. Tindakan oleh AMK ini mencerminkan nilai pemikiran politik AMK masih tidak matang dan mudah untuk pihak lawan memperkotak katikkannya.

6 - Seandainya DAP boleh menghormati segala permuafakatan dalam PR maka selayaknya PKR juga mencontohi nilai budaya politik mereka agar tidak tersasar daripada landasan matlamat sebenar.

7- Apabila Ketua AMK berani memburukkan dan menuding jari kepada Presiden PAS tanpa penjelasan secara rundingan bersama maka ia boleh diertikan sebagai tuduhan melulu. Sikap dan tindakan ini amat sukar diterima oleh para ahli PAS.

Salam persaudaraan dari saya
YB. Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
ADUN Gunong Semanggol
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Anonymous said...

Allah taala uji ckit dgn diberi kemenangan d melaka. Baru.. menang tak d beri kuasa lagi, dahh.. naik tocang dah, mula nak sombong, cakap pandai dan bla bla bla... Ini baru sorang kalau ada lagi bakat yg belum timbul yg belum d cungkil sifat2 sombong semulajadi yg akan merencatkan perjuangan...nampak mirip2 zul kulim.

Anonymous said...

Dewan Pemuda PAS perlu rasinoal dlm isu ini. Apakah kene mengena isu Perak dlm hal ini.Adakah menyalah PKR seorang sahaja dlm isu Perak tanpa melihat MB Nizar itu tidak memberi masalh dlm kejatuhan PR di Perak. Tidakah DAP juga menyebabkan Perak jatuh... Adakah tindakan Nizar di Perak utk membela Melayu dipersetujui oleh beliau di Perak. Sipa yg menolak utk agenda Melayu di Perak. Nizar Bro. Maaf kerana tidak memanggil kamu Ustaz. Kamu bukan selayak menjadi Ustaz. PKR sudah meminta maaf diats kegagalan calun lepas. Lebih baik dari org PAS yg mengaku jadi ahli tapi bercakp mcm UMNO. Dia terus cabut. Sedar diri sikit tanpa PKR' PAS pun tidak ke mana pun

Customs BKHitam said...

mulai saat dan ketika ini aku mulai tawar pd perjuangan satu hala AMK ni...tunggu le PRU 14 nescaya hang akan tersungkur menyembah bumi...kau cari le juaah...juah...pkr bekas umno utk survivle hang...jgn berpura-pura dgn jamaah kami...jika kau lalui gate BKH aku akn check hang habis2an...aku kenal hang...(perangai dasar mcm osman jailu n jamaludin osman n radhi salleh...patut dirodong ususnya hingga ke kepala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.