12 Lelaki Berpakaian Serba Hitam Telah Menculik Seorang Gadis Berumur 14 Tahun Dan Dilarikan | Peristiwa di Di Lahad Datu

12 Lelaki Berpakaian Serba Hitam Telah Menculik Seorang Gadis Berumur 14 Tahun Dan Dilarikan | Peristiwa Di Lahad Datu | KOTA KINABALU : Seorang wanita mendakwa anak saudara perempuannya berusia 14 tahun telah diculik dan dilarikan dari sebuah rumah oleh 12 lelaki berpakaian serba hitam dalam kejadian di Kampung Tanagian, Felda Sahabat Lahad Datu dekat sini semalam.

12 Lelaki Berpakaian Serba Hitam Telah Menculik Seorang Gadis Berumur 14 Tahun Dan Dilarikan

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, wanita tersebut mendakwa mangsa telah dibawa ke sebuah ladang sebelum diikat di sebatang pokok berdekatan rumahnya.

Bagaimanapun, remaja tersebut berjaya melepaskan diri sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibu saudaranya.

Berdasarkan laporan, ketika ditahan, wanita itu mendakwa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan telah menanyakan mengenai dua individu kepada anak saudaranya.

“Mereka mencari Bintor dan Tasha namun mangsa tidak mengenalinya sebelum dia ditinggalkan di situ,” kata wanita itu.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, polis yang mendapat laporan mengenai kejadian itu telah bergegas ke lokasi ladang kira-kira pukul 2 petang. – Kosmo

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.