2 Perogol Menyamar Sebagai Penguatkuasa Jabatan Agama Memperkenalkan Diri Sebelum Rogol | Dunia Akhir Zaman

2 Perogol Menyamar Sebagai Penguatkuasa Jabatan Agama Memperkenalkan Diri Sebelum Rogol | Dunia Akhir Zaman | KUCHING – Polis sedang menjejaki dua lelaki yang dipercayai memperkenalkan diri mereka sebagai penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sebelum merogol seorang wanita, petang kelmarin.

2 Perogol Menyamar Sebagai Penguatkuasa Jabatan Agama Memperkenalkan Diri Sebelum Rogol | Dunia Akhir Zaman

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Abang Ahmad Abang Julai berkata, kedua-dua suspek dilapor melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah kosong di Batu 7 di sini sekitar jam 5 petang kelmarin.

“Pihak polis akan menjejaki kedua-dua suspek secepat mungkin. Buat masa ini, kita masih dalam usaha mengumpul maklumat daripada mangsa yang masih lagi dalam keadaan trauma,” ujarnya ketika dihubungi untuk mengesahkan kejadian tersebut semalam.

Menurut sumber, insiden tersebut dilaporkan berlaku ketika mangsa yang berusia 17 tahun sedang menunggu untuk dijemput pulang kerja oleh suaminya di hadapan sebuah farmasi di Kota Sentosa.

Ketika itu, dua lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai penguat kuasa JAIS telah mendekati mangsa dan meminta mangsa mengikuti mereka untuk disoal siasat di pejabat mereka.

Mangsa yang tidak menjangka akan berlaku perkara yang tidak diingini mengikuti kedua-dua lelaki tersebut menggunakan sebuah kereta seperti yang diarahkan.

Bagaimanapun, mangsa sebaliknya telah dibawa ke sebuah rumah kosong di belakang sebuah stesen minyak di Batu 7 dan dirogol secara bergilir-gilir oleh kedua-dua lelaki tersebut.

Selepas insiden itu, mangsa ditinggalkan seorang diri di rumah berkenaan.

Mangsa yang dalam keadaan lemah berusaha mendapatkan bantuan daripada orang awam untuk menghubungi suaminya yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Mangsa diiringi suaminya kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan dan pemeriksaan kesihatan. -BP

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

miera maira said...

Ya Allah kenapa ada manusia berupa binatang sekarang ni! kesiannya perempuan tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.