Akibat Meniru Rancangan Gusti Di Televisyen | Gusti Adik Sampai Mati Di New Orleans

Akibat Meniru Rancangan Gusti Di Televisyen | Gusti Adik Sampai Mati Di New Orleans - Seorang budak lelaki 13 tahun di New Orleans didakwa atas kematian adik perempuan tirinya berusia 5 tahun selepas dia mengaku melakukannya dengan meniru rancangan gusti di televisyen.

Gusti Adik Sampai Mati

 Menurut kanak-kanak berkenaan ketika disoalsiasat Detektif Matt Vasquez, dia mempraktikkan aksi ‘WWE’ termasuk menghempas mangsa ke atas katil, menumbuk perut, menyiku dan melompat ke atasnya ketika ditinggalkan bersama si adik ketika ibu tirinya keluar.

Perlakuannya membuatkan mangsa mengalami patah rusuk, kecederaan organ dan pendarahan dalaman.

Apa yang mendukacitakan, Vasquez menyatakan kanak-kanak itu mengaku dia sedar aksi WWE adalah lakonan semata-mata namun dia meneruskan perlakuan ganasnya kerana berasa gembira melakukannya.

Walaupun mangsa menjerit kesakitan, dia hanya berhenti setelah telefon rumah berdering kerana ibu tirinya menelefon untuk memeriksa keadaan mereka di rumah.

Sejurus kemudian adiknya mengerang sakit di bahagian perut seterusnya berhenti bernafas. Kanak-kanak berkenaan yang panik memanggil petugas kesihatan namun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Pihak WWE merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan kesal dengan kejadian ini. – MyNewsHub

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.