Blogger Terkenal Papa Gomo Bersara Dari Dunia Fitnah Dan Adu Domba..Elok laa tu..

Blogger Terkenal Papa Gomo Bersara Dari Dunia Fitnah Dan Adu Domba | Elok laa tu | SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

Gambar sebenar Papagomo

 "I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.

Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.

Sumber: Sinar Harian.

P/S: Elok lah buat amal ibadat, pastu standby laa duit tu bayar peguam Fight ngn Anwar di Mahkamah..Salah sesama manusia kena mintak maaf dulu, dashyat sangat mainan lu bro..hehe

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Mawardi Yunus said...

baco blog amenoworld ni saje nk drama. sbb dia bukak blog baru. siap guna nama sendiri lagi tu.

Unknown said...

MAJLIS BERBUKA PUASA, OPEN HOUSE, MAJLIS DOA SELAMAT, KENDURI AQIQAH, MAJLIS BERTUNANG, MAJLIS PERKAHWINAN!!

Kami dari Bubbles Event menyediakan perkhidmatan catering dengan harga yang sangat berpatutan. Antara pakej yang kami sediakan termasuklah:

Pakej A - Hanya RM 7.00 untuk seorang!!
Nasi Putih + Masak Lemak Nenas dan Ikan Masin + Sambal Sotong + Ayam Goreng + Ulam-ulaman dan Sambal Belacan + Buah Oren + Air Sirap

Pakej B - Hanya RM 7.00 untuk seorang!!
Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Jelatah + Dalca + Papedom + Buah Oren + Air Sirap

Harga pakej kami termasuk:

1) Peralatan menghidang seperti tray (termasuk penutup dan kaki tray), termos nasi, bekas air, dan senduk.
2) Pinggan dan cawan pakai buang.

BERMINAT!!!

Layari www.bubblesevent.com/catering

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.