Di Temui Mati Tergantung Di Felda Changkat Lada | Anak Tujuh Tahun Terkejut Ayahnya Mati Tergantung

Di Temui  Mati Tergantung Di Felda Changkat Lada | Anak Tujuh Tahun Terkejut Ayahnya Mati Tergantung | - PERAK : Seorang lelaki yang baru sahaja menyambut kelahiran anak ketiganya ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Felcra Changkat Lada, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 29 tahun ditemui di ruang tamu rumah oleh anak sulungnya yang berusia tujuh tahun, ketika pulang untuk melihat keadaan mangsa.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah berkemungkinan mengalami halusinasi.

“Isteri mangsa dilaporkan masih berada di Hospital Teluk Intan kerana menerima rawatan selepas bersalin. Pada hari kejadian anak mangsa bersama neneknya pergi ke rumah untuk melihat mangsa.
“Bagaimanapun mereka terkejut apabila menemui mangsa dalam keadaan tergantung dengan keadaan tali terjerut di leher,” katanya.

Beliau berkata, daripada pemeriksaan awal, tiada sebarang unsur jenayah ditemui.
Katanya, berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa didapati meninggal dunia akibat tekanan kuat di bahagian leher. – Sinar Harian

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.