Dunia Akhir Zaman | Perempuan Berusia 12 tahun Kanak-Kanak Termuda Di Dalam Sejarah Ambil Hormon Jadi Lelaki

Dunia Akhir Zaman | Perempuan Berusia 12 tahun  Kanak-Kanak Termuda Di Dalam Sejarah Ambil Hormon Jadi Lelaki |  Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun merupakan kanak-kanak termuda di dalam sejarah England apabila dia mengambil pil hormon untuk menghentikan perubahan dirinya menjadi seorang perempuan. Kanak-kanak tersebut, Leo Waddell dilahirkan sebagai seorang anak perempuan dengan nama Lily, tetapi telah berpakaian seperti lelaki sejak umur lima tahun.

Kanak-Kanak Termuda Ambil Hormon Tukar Jantina

Dia yang berani muncul di dalam rancangan ITV’s This Morning bersama ibunya, Hayley, dan menjelaskan keputusannya untuk mengambil ubat untuk menghentikan baligh nya. Dia adalah salah seorang kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun yang dirawat dengan penyakit dysphoria gender (GD).

Hayley pertama kali menyedari anaknya telah terperangkap dalam badan yang salah apabila dia berusia 18 bulan. Sekarang dia merupakan insan termuda yang pernah mengambil suntikan hormon bulanan untuk menghentikan akil baligh sebagai seorang gadis dan berharap untuk melalui penukaran jantina sepenuhnya pada usia 18 tahun.

Pada bulan Mac 2011, Leo telah dirujuk kepada pusat kesihatan mental kanak-kanak dan remaja. Umur minimum untuk pengambilan ubat telah diturunkan dari 16 tahun pada tahun 2011, dan walaupun ada pengkritik berkata dia adalah terlalu muda sebagai kanak-kanak untuk membuat keputusan untuk berhenti baligh, tetapi untuk Leo, ia adalah satu keperluan. – Wanista

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Kak Tie said...

macam2 manusia abad ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.