Gambaran Akhir Zaman | Gila Apa ( Gambar ) | 47 remaja Islam Termasuk Tiga Pelajar Tingkatan Lima Berhibur Dalam Parti Mandi Buih Dan Parti Bikini Di Sebuah Restoran Di Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur

Gila Apa !! ( Gambar ) | 47 remaja Islam Termasuk Tiga Pelajar Tingkatan Lima Berhibur Dalam Parti Mandi Buih Dan Parti Bikini Di Sebuah Restoran Di Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur | Sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan hanya mampu menepuk dahi apabila mendapati 47 remaja Melayu begitu asyik melakukan aksi sumbang sambil mandi buih ketika menghadiri satu pesta liar di sebuah pub di Jalan Yap Kwan Seng di sini kelmarin.

47 remaja Islam Termasuk Tiga Pelajar Tingkatan Lima Berhibur Dalam Parti Mandi Buih Dan Parti Bikini Di Sebuah Restoran Di Jalan Yap Kwan Seng

Lebih memeranjatkan apabila tiga daripada mereka merupakan pelajar perempuan tingkatan lima yang didapati turut terkinja-kinja dengan seluruh badan dilitupi buih, dalam parti mandi buih tersebut. Baju yang dipakai lencun hingga menampakkan susuk tubuh mereka.

47 remaja Islam Termasuk Tiga Pelajar Tingkatan Lima Berhibur Dalam Parti Mandi Buih Dan Parti Bikini Di Sebuah Restoran Di Jalan Yap Kwan Seng

Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan dibantu anggota polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam parti mandi buih tersebut.

Daripada jumlah itu, 38 merupakan lelaki manakala bakinya perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun.

Difahamkan, pelanggan dikehendaki membayar RM40 untuk menyertai  parti mandi buih tersebut tersebut.
Parti itu sering dianjurkan di premis berkenaan tetapi ia tidak khusus pada hujung minggu sahaja. Penganjur akan mengadakan parti berkenaan pada hari-hari tertentu mengikut permintaan pelanggan tetap.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut menahan dua pemilik premis berusia dalam lingkungan 30-an yang dipercayai penganjur dalam parti mandi buih tersebut mengikut Seksyen 35 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana menggalakkan maksiat.

Tinjauan mendapati, ketika diserbu, kesemua pelanggan tersebut sedang asyik menari mengikut alunan muzik rancak sambil tubuh mereka diselaputi buih serta memakai pakaian seksi seperti bikini.

Artikel Penuh: Utusan Online, Kosmo.

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Anonymous said...

Bukan gila, tapi jiwa kosong agama

Unknown said...

Anak2 siapa lah ni...EEEiiii nauzubilahminzalik !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.