Keadaan Jerebu Terkini | Pihak Indonesia Tingkat Usaha Padam Kebakaran Hutan

Keadaan Jerebu TERKINI | Pihak Indonesia Tingkat Usaha Padam Kebakaran Hutan | SINGAPURA : Indonesia meningkatkan operasi udara untuk memadamkan kebakaran hutan di Pulau Sumatera semalam ketika jerebu melitupi Malaysia manakala langit cerah dilihat di pulau ini ekoran perubahan arah angin.

Keadaan Jerebu Terkini

Jurucakap Agensi Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho berkata, helikopter keempat dikerahkan semalam untuk menjatuhkan bom air bagi memadamkan kebakaran hutan yang marak di Sumatera.
Menurutnya, dua buah pesawat turut digunakan dalam operasi pembenihan awan untuk mendorong hujan turun di pulau itu.

“Kami telah melakukan 14 operasi bom air menggunakan 7,000 liter air untuk memadamkan kebakaran. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan operasi tersebut, kami menambah sebuah lagi helikopter hari ini,” kata Sutopo.

Dalam perkembangan berkaitan, polis di wilayah Riau, Sumatera menahan seorang pemilik tanah dan seorang pekebun kecil kerana menyebabkan kebakaran sejumlah 468 hektar tanah gambut.
Jerebu dari Sumatera berulang kali mendatangkan masalah kepada negara jiran Indonesia sepanjang musim kering dari Jun hingga September.

Sepanjang tempoh tersebut, pemilik ladang dan pekebun kecil melakukan kebakaran untuk menyediakan tanah mereka untuk penanaman baharu walaupun perbuatan tersebut melanggar undang-undang Indonesia.

Setakat ini, percubaan oleh Indonesia untuk melakukan pembenihan awan agak kurang berkesan.
“Teknologi pembenihan awan bertujuan untuk mempercepatkan hujan tetapi dengan awan yang sedikit, tidak banyak yang boleh kita lakukan,” kata pegawai agensi sama, Agus Wibowo.
“Hujan yang turun cuma renyai-renyai,” tambahnya.

Sementara itu, keadaan di pulau ini bertambah baik sejak Sabtu lalu dengan Indeks Pencemaran Udara setakat semalam berada pada tahap sederhana, antara 50 hingga 100. – AFP

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.