Kekasih Muda Membunuh Diri Bersama-sama Digilis Keretapi

Kekasih Muda Membunuh Diri Bersama-sama  Digilis Keretapi | Sepasang kekasih muda di Hertfordshire, England mengambil keputusan membunuh diri bersama-sama.


Memilih untuk digilis keretapi; Charleigh Disbrey, 15, dan Mert Karaoglan, 18, dipercayai turut meninggalkan nota bunuh diri di tempat kejadian.

Menurut rakan-rakan, Charleigh atau lebih dikenali sebagai CJ menjalani kehidupan yang kurang gembira dan pernah mengepos status “Don’t get too close, it’s dark inside — it’s where my demons hide” di laman Twitter.

CJ yang bercita-cita menjadi penyanyi pernah mencuba nasib menyertai rancangan realiti hiburan Britain’s Got Talent. Manakala Mert meminati fotografi dan masih menuntut dalam bidang tersebut.

Bapa Mert menyatakan, pada malam kejadian anaknya yang berperwatakan ceria sedang menonton televisyen sebelum memberitahu dia mahu keluar sebentar namun tidak pulang-pulang hinggalah akhirnya polis mengetuk pintu rumah mereka dan memberitahu berita duka itu.

Kejadian itu mengejutkan masyarakat setempat serta mencetuskan suasana duka di tempat mereka belajar, Hertswood Academy. – MyNewsHub

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.