Lawak Habis!! | GARA-GARA TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA FA HABIS DI KOTA BHARU, PENJUAL TIKET KENA HAMBAT HINGGA KE DALAM STADIUM!!!!!

Lawak Habis Dan Tergempar ( Gambar ) | GARA-GARA TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA FA ANTARA KELANTAN VS JDT HABIS DI KOTA BHARU, PENJUAL TIKET KENA KEJAR HINGGA KEDALAM STADIUM, BERDESUT LARI | Tiket final Piala FA habis di Kota Bharu, penjual tiket dikejar hingga dalam stadium |

Penjualan tiket Final Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) hari ini kecoh selepas tiket yang dijual habis dalam tempoh kurang 15 minit sehingga penyokong Kelantan berang lalu menyerbu masuk ke dalam stadium dan mengejar penjual tiket.



Lawak Habis!! | GARA-GARA TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA FA HABIS DI KOTA BHARU, PENJUAL TIKET KENA HAMBAT HINGGA KE DALAM STADIUM!!!!!

Penjualan tiket perlawanan Kelantan vs JDT bermula jam 9 pagi itu pada mulanya tenang, namun suasana bertukar kecoh dan tidak terkawal selepas pengumuman tiket habis dijual dibuat kira-kira jam 10.30 pagi.

Kira-kira 3,000 penyokong The Red Warriors (TRW) hadir untuk membeli tiket perlawanan Kelantan vs JDT, namun mereka mendakwa hanya 16 tiket dijual kepada empat pembeli dalam tempoh kurang 15 minit sebelum tiket diisytiharkan habis dijual.

Penyokong bertambah berang apabila KAFA menggantikan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dengan tiket perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Pahang, hari ini.

Beg tiket Kelantan vs JDT yang dibawa penjual tiket berjaya dirampas selepas dikejar penyokong sehingga ke dalam padang, namun beg itu hanya mengandungi tiket perlawanan Liga Super berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima tiga laporan polis berhubung kekecohan yang berlaku di SSMIV.

"Kita serahkan masalah ini kepada KAFA untuk menyelesaikannya kerana kita tidak terbabit dalam penjualan tiket," katanya. http://omakkau.blogspot.com/

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.