Lelaki Mabuk Pil Kuda Mencuri Tiga Bungkus Kopi Dibelasah Dan Diikat Pada Tiang Elektrik

Lelaki Mabuk Pil Kuda Mencuri Tiga Bungkus Kopi Dibelasah Dan Diikat Pada Tiang Elektrik | JERTIH – Seorang lelaki yang kantoi selepas cuba mencuri tiga bungkus kopi menerima akibatnya apabila bukan sahaja terpaksa menahan sakit dibelasah orang ramai tetapi turut menanggung malu kerana diikat pada sebatang tiang elektrik.
mencuri dan dipukul kerana Pil Kuda
 Lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Air Tawar, dekat Kampung Raja itu diikat di tepi jalan Kuala Besut –Jertih dekat Kampung Dengir, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, suspek ditangkap penduduk kampung selepas perbuatannya di sebuah kedai runcit depan Masjid Kampung Dengir disedari pemilik kedai terbabit.
Pemilik kedai runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Na, 23, berkata, dia yang ketika itu seorang diri di dalam kedai ternampak suspek memasukkan bungkusan berkenaan ke dalam seluar dalamnya.
Menurutnya, menyedari perbuatan suspek, dia keluar memberitahu beberapa lelaki yang kebetulan berada di kedai berhampiran.

“Selepas mengambil barangan curi itu, dia datang ke kaunter untuk membayar sebatang aiskrim berharga 50 sen dan ketika itu saya bertanya kepadanya apa yang dia curi, namun dia tidak mengaku,” katanya.

Menurutnya, sejurus kemudian penduduk kampung keluar beramai-ramai dan menangkap suspek.
“Bimbang suspek meloloskan diri, penduduk kampung terpaksa mengikatnya pada sebatang tiang elektrik sebelum menyerahkannya kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan suspek ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada polis.

“Barang yang dicurinya dirampas dan saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphertamine (pil kuda).

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. -SH

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

paripariputih said...

Kesian pulak bila tgk kena ikat mcm tu... nasib tiang tu bukan pokok klw tak harus kena kunyah dengan kerengga hahahah :P ~ insaf tul nak ketawa kan org mcm la aku baik sgt.. ok =.='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.