Maut Akibat Disondol Babi Hutan

Maut Akibat Disondol Babi Hutan - KUANTAN : Hajat lima beranak yang menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss untuk membeli susu berkecai apabila salah seorangnya maut selepas kenderaan itu hilang kawalan setelah disondol seekor babi hutan di Kilometer 21.5 Jalan Ibam-Rompin dekat Rompin kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam itu mengakibatkan Syed Abdullah Syed Ali, 32, dari Perumahan Mardi, Muadzam Shah meninggal dunia di tempat kemalangan akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Mangsa bekerja sebagai Pembantu Am.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian itu turut mengakibatkan isteri mangsa berumur 22 tahun dan tiga anaknya yang berusia antara satu hingga empat tahun cedera ringan. – Kosmo

P/S: Babi nie kalau nak melintas bukan nak tengok kiri kanan, sebab tulah kalau orang nak marah tu selalu sebut nama menatang haram nie..hehe

Satu lagi, alahai kenapa satu moto sampai lima orang naik, bahaya tu kalau semut melintas pun bukan sempat nak elak, apa pun aku ucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Kalau dah sampai ajal bukan kita boleh sekat..

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.