MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Terlelap Pada Sidang Akhbar | Majlis Angkat Sumpah pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

MB Selangor  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Terlelap Pada Sidang Akhbar | SHAH ALAM : Sidang akhbar Menteri Besar Selangor selepas Majlis Angkat Sumpah pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) semalam menyaksikan gelagat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba-tiba hilang fokus sebelum terlelap ketika bercakap kepada sekumpulan pemberita.

Gambar MB Selangor  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Terlelap Pada Sidang Akhbar

Turut bersama pada sidang akhbar yang diadakan di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini ialah Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dan Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad. Sidang akhbar itu diadakan bagi mengulas mengenai majlis angkat sumpah tersebut.

ADUN Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersebut disedari tertidur apabila beliau membuat kenyataan dalam nada terputus-putus sehingga sukar difahami dan diikuti mata tertutup sebelum terus terlelap selama hampir 15 saat.

Apabila tersedar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditanya seorang pemberita sama ada beliau tertidur. Menteri Besar itu mengakui bahawa beliau sememangnya terlelap.

Selepas itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih berada pada sidang akhbar sama turut dilihat terlelap buat kali kedua selama kira-kira 10 saat ketika Hannah bercakap di depan kira-kira 15 wartawan dan jurugambar. – Kosmo

P/S: Media massa Malaysia nie keje nya nak aibkan orang jer, Ish2  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim makan ubat darah tinggi sebab tu dia mengantuk, apa pun mmg kelakarlah TV3 siar berita nie semalam. Jenis suka attack peribadi, nie dah start nak cari salah orang bak kata pepatah gajah di depan mata x nampak, semut di seberang nampak jelas..hehe

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.