Media Malaysia Yang Tidak Professional | Penyanyi Faizal Tahir Di Gam Kerana Politk ?

Media Malaysia Yang Tidak Professional | Penyanyi Faizal Tahir Di Gam Kerana Politk ? | Sedih aku dengan media dan perangai orang Malaysia ini, kalau berlainan pendapat dikira menentang dan di ban sesuka hati. Perangai ini dah jadi amalan dari pimpinan tertinggi sehinggalah JKKK kampung. 

gambar Faizal Tahir | Print Screen Twitter Faizal Tahir Digam

Petang semalam heboh di Twitter mengatakan penyanyi terkenal, Faizal Tahir telah digam sebuah syarikat stesen televisyen tempatan. Berita tergempar itu telah memeranjatkan banyak pihak terutamanya peminat dan penyokong setia Faizal Tahir.

OHBULAN! tidak pasti apakah punca sebenar dan bagaimana ianya terjadi, namun, desas desus mengatakan hal itu berpunca apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pendapat Faizal Tahir mengenai sesuatu isu.


Faizal Tahir Digam Kerana Isu Politik? | gambar Faizal Tahir | Print Screen Twitter Faizal Tahir Digam

Menurut sumber, perkara ini dipercayai ada kaitannya dengan isu politik. Tapi OHBULAN! tak berani nak cakap lebih-lebih kerana belum ada kepastian dan penjelasan yang sahih dari mana-mana pihak.

Lebih malang lagi, penyanyi yang terkenal dengan kelantangannya dalam menyuarakan pendapat itu juga dipercayai disingkirkan dari menyertai beberapa acara yang melibatkan dirinya.
Meskipun diduga dengan cabaran yang tidak kurang besarnya ini, Faizal Tahir dilihat masih mampu bergurau melalui beberapa tweet berunsur sarkastik yang dikemaskini olehnya.

Faizal Tahir Digam Kerana Isu Politik |gambar Faizal Tahir | Print Screen Twitter Faizal Tahir Digam

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama Faizal Tahir berdepan kontroversi seperti ini. Beberapa tahun yang lalu dia pernah digam dari televisyen swasta gara-gara membuka baju semasa membuat persembahan di hadapan penonton.

Buat masa ini, kita tunggu sahaja kenyataan yang keluar dari Faizal Tahir dan pihak yang berkaitan supaya segalanya terjawab dan tidak menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat mahupun penggiat seni yang lain. – Oh! Bulan

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

wardah said...

Assalamualaikum..salam ziarah!!
http://supplementforall.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.