Misteri Bau Busuk Terjawab | Mayat ‘Bertapa’ Sebelah Pokok

Mayat ‘Bertapa’ Sebelah Pokok - IPOH : Misteri bau busuk yang dihidu beberapa penduduk membongkar kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemui dalam keadaan duduk seperti sedang ‘bertapa’ bersebelahan sebatang pokok di Jalan Kampung Tersusun Tasek, Bercham di sini semalam.

Mayat ‘Bertapa’ Sebelah Pokok

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Lew Khuan, 60, ditemui pada pukul 8.30 pagi oleh beberapa penduduk yang sedang berjoging selepas tercium bau busuk. Pokok itu terletak kira-kira 20 meter dari jalan utama.

Pengerusi Rukun Tetangga (RT) kawasan Bercham, Tan Swee Kong berkata, sebaik ternampak mangsa, penduduk cuba memanggilnya tetapi tidak dijawab.

“Mereka yang pelik kemudian cuba mendekati mangsa sebelum terkejut apabila melihat lelaki itu telah mati dengan lehernya terjerut dengan seutas tali yang diikat pada dahan pokok.

“Saya juga terkejut kerana tidak pula menemui mayat mangsa ketika meronda bersama 40 anggota RT malam semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di sini. – Kosmo

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.