Panas Ceramah Ustaz Kazim Diarahkan Batal Serta Merta Kerana Arahan Politik | Betul ke?

Panas !!! Ceramah Ustaz Kazim Diarahkan Batal Serta Merta Kerana Arahan Politik | Betul ke? | BUKIT MERTAJAM : Penceramah bebas, Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mendedahkan ada pemimpin politik di beberapa negeri cuba menyekat program ceramahnya dengan mengeluarkan arahan supaya ia dibatalkan.
 
Panas Ceramah Ustaz Kazim Diarahkan Batal Serta Merta Kerana Arahan Politik | Betul ke?
Ceramah Ustaz Kazim
 Lebih menyedihkan dakwanya, arahan tersebut datang daripada pemimpin politik beragama Islam dengan alasan, ia boleh menggugat kedudukan kerajaan negeri.

Dalam kes terbaharu dakwanya lagi, program ceramah perdana yang dijadualkan berlangsung di satu lokasi di sini pada 5 Julai ini telah diarahkan supaya dibatalkan atas arahan seorang Exco kerajaan negeri.

“Saya hairan, program ini telah dirancang sejak tiga bulan lalu. Secara tiba-tiba penganjur beritahu, mereka diarahkan supaya dibatalkan pada saat-saat akhir kerana saya merupakan salah seorang penceramah pada program tersebut.

“Apa yang menyedihkan, arahan tersebut pula datang dari seorang Exco beragama Islam, sepatutnya dia menyokong dan memberi galakan supaya program keagamaan seperti itu diperbanyakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pusat Pengajian Darul Wehdah di Kampung Kubang Ulu, di sini semalam. – Kosmo
 
Jawapan Dari JKKK Fan Club untuk Ustaz Kazim
 

Perkongsian untuk kita fikir bersama. Sebelum ni dah banyak ustaz-ustaz dari kalangan "pembangkang" tak dibenarkan mengajar di masjid-masjid. So, apasal pulak Ustaz Mohd Kazim Elias baru kena sekali dah melenting?

Nama pun pendakwah, so kena hadapilah wahai ustaz.
Baru kena sekali dah masuk paper, UAI dah beribu kali kena last minit program kansel, tenang je

AYUH LUASKAN DAKWAHMU
 

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Anonymous said...

Bila nak beghenti crmah ustaz K?

Anonymous said...

Tu la masalah org kita~ Lebih sanggup bersekongkol dengan kafir laknatullah berbanding dengan saudara seIslam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.