Panas !! Pelakon Drama Benjy Kena Tangkap Lagi Pasal Syabu

Pelakon Drama Benjy Kena Tangkap Lagi Pasal Syabu | KUALA LUMPUR : Pelakon, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryyl Benjamin Ibrahim yang sebelum ini pernah dicekup berkaitan kes dadah, sekali lagi ditahan polis di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa atas kesalahan yang sama, semalam. 
 
 
Benjy, 35, kali ini ditahan selepas ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati dia positif mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu. Menerusi laporan Utusan Malaysia hari ini, Benjy ditahan kira-kira jam 11.30 pagi di kondominiumnya oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang melakukan serbuan di rumah tersebut.

Ketika serbuan dilakukan, Benjy berada dalam rumah itu seorang diri. Namun, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan tidak menemui sebarang dadah.
 
Benjy kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk ujian saringan air kencing dan hasil ujian mendapati pelakon itu dapati positif mengambil dadah.

Sebelum ini, anak kepada aktres Azean Irdawaty ini pernah ditahan pada Mac 2010 dan ketika itu penahannya mencetuskan kegemparan selepas polis turut menemui makmal memproses dadah di lokasi Benjy ditahan di pinggir ibu negara.

Ketika dibicarakan di mahkamah, pelakon berbakat itu dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, namun didapati bersalah memiliki dadah dan dikenakan denda RM5,000. Dia dibebaskan selepas membayar denda itu. – Murai

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

fyna said...

kesian kat mak ngan aya dia kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.