Patung Mumia Milik Lelaki Digelar Neb-Senu Itu Berpusing 180 Darjah Daripada Kedudukan Asal | Patung Mumia Berhantu Di Muzium

Patung Mumia Milik Lelaki Digelar Neb-Senu Itu Berpusing 180 Darjah Daripada Kedudukan Asal | Patung Mumia Berhantu Di Muzium - Manchester : Patung mumia berhantu. Ia kedengaran seperti skrip dalam filem Hollywood, namun hakikatnya ia benar-benar berlaku.

Patung Mumia Berhantu Di Muzium

Kejadian aneh itu bermula apabila patung mumia milik lelaki digelar Neb-Senu itu berpusing 180 darjah daripada kedudukan asal.

Patung setinggi 10 inci berkenaan ditempatkan di muzium di Manchester sejak 80 tahun lalu dan ia ditemui dalam makam mumia di Mesir.

Keadaan ini menyebabkan kurator muzium berkenaan pening kerana mereka mendapati patung itu sentiasa bertukar arah.

Mereka kini percaya ada roh yang memusingkan patung itu dan ia dikatakan roh firaun dan sesiapa yang mengambil mumia itu daripada makamnya akan disumpah.

Bagi memastikan apa yang berlaku, pakar-pakar di situ memutuskan untuk memasang kamera bagi melihat bagaimana ia berpusing hingga 180 darjah.

Patung Neb-Senu itu hanya berpusing pada waktu siang sahaja.
Dalam pada itu kurator muzium Oxford percaya, ada rohnya yang memusingkan patung itu.
“Saya rasa ia pelik kerana hanya saya yang mempunyai kunci. Saya telah meletakkan patung itu pada kedudukan asalnya, namun ia bergerak semula keesokan harinya,’’ katanya.

Namun ada juga saintis yang berpendapat patung itu berubah kedudukan akibat hentakan kaki pengunjung yang berjalan di dalam muzium berkenaan.

Bagaimanapun pandangan itu disanggah oleh Price yang menekankan kenapa kejadian itu hanya berlaku sekarang, bukan dulu sedangkan ia tetap dikunjungi ramai. – MyNewsHub


Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.