Pembantu Rumah Asing | Siang Amah, Malam Jadi Pelacur

Pembantu Rumah Asing | Siang Amah, Malam Jadi Pelacur |  - Georgetown : Siang jadi amah, malam tubuh dijamah. Itu yang dilakukan segelintir pembantu rumah warga asing untuk mencari wang tambahan.


Bagaimanapun, perbuatan keji mereka terbongkar apabila sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menyerbu sebuah pangsapuri di Lebuh Maccalum, awal pagi semalam.

Dalam serbuan itu, seorang wanita yang juga ‘ibu ayam’ serta dua wanita disyaki pelacur ditahan ketika berada dalam premis terbabit untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Seorang daripada wanita yang ditahan itu mendakwa kononnya bekerja sebagai pembantu rumah ketika siang dan bertukar profesion menjadi pelacur ketika malam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, dalam operasi enam jam yang bermula jam 9 malam itu, pasukan polis turut menyerbu premis yang menjalankan aktiviti perjudian di negeri itu. – Metro

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Carlos Santiago said...

semua kerana duit. tambah lagi nafsu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.