PENGISYTIHARAN JUMAAT DEPAN SEBAGAI HARI UNTUK SYRIA ( 14.06.2013 ) | Di Malaysia Perarakan Menuju Ke Kedutaan Syria Di Kuala Lumpur Selepas Solat Jumaat

PENGISYTIHARAN JUMAAT DEPAN SEBAGAI HARI UNTUK SYRIA ( 14.06.2013 ) | Di Malaysia Perarakan Menuju Ke Kedutaan Syria Di Kuala Lumpur Selepas Solat Jumaat | Jom teman-teman luangkan secebis masa kurniaan Allah untuk turun menyatakan kebencian terhadap kezaliman yang berlaku di Syria. Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi dalam kenyataan media terbaru menyeru seluruh umat Islam di dunia ini menjadikan hari Jumaat depan bersamaan 14 Jun 2013 sebagai "Hari untuk Syria". 

Kenyataan tersebut menyeru umat Islam keluar di jalan-jalan raya menyatakan sokongan kepada rakyat Syria khasnya di El-Qosair serta mengutuk pembabitan tentera Hizbu Syaitan dan militia dari Iran serta pasukan bersenjata Syiah yang lain dalam memberikan bantuan kepada rejim Syria.

Sementara Ikhwan Muslimin Mesir melalui sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengesahkan ulamak Islam seluruh dunia akan berhimpun di Kaherah selama dua hari, 13 dan 14 Jun ini bagi membincangkan isu Syria.

-Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria-
Sumber : Facebook 
Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.