Pengorbanan Besar Yang Dibuat Seorang Janda Apabila Rela Dirinya Ditiduri Semata-mata Bagi Memastikan Bekas Suaminya Dibebaskan sekumpulan penculik.

Pengorbanan Besar Yang Dibuat Seorang Janda Apabila Rela Dirinya Ditiduri Semata-mata Bagi Memastikan Bekas Suaminya Dibebaskan sekumpulan penculik | Janda Serah Tubuh Langsai Hutang Bekas Suami | Wanita yang juga seorang peniaga berusia 41 tahun itu dilaporkan berbuat demikian selepas gagal menyediakan wang tebusan RM10,000 yang diminta lima penjenayah terbabit.

Janda dirogol

Wanita yang juga seorang peniaga berusia 41 tahun itu dilaporkan berbuat demikian selepas gagal menyediakan wang tebusan RM10,000 yang diminta lima penjenayah terbabit.

Sumber polis berkata, bekas suami wanita itu yang berusia lewat 40-an diculik pada 10 Jun lalu selepas dia didakwa menipu lima lelaki terbabit berkaitan penjualan permit warga asing. “Natijahnya, bekas isteri lelaki itu diganggu kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan wang tebusan RM10,000 bagi membebaskannya,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit didatangi lima lelaki berusia lewat 20-an ketika sibuk berniaga di Bukit Jalil, jam 4 petang, 10 Jun lalu.

“Kumpulan terbabit turut membawa bekas suaminya bersama sebelum mendakwa tidak berpuas hati dengan lelaki itu kerana dikatakan menipu mereka,” katanya.

Sumber itu berkata, bekas suami wanita itu kemudian dibawa semula bersama kumpulan penculik terbabit menaiki Proton Waja berwarna biru.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 12.30 tengah hari keesokan harinya, wanita itu dihubungi seorang lelaki dan meminta RM10,000 sebagai wang tebusan jika mahu bekas suaminya dibebaskan. “Mangsa memberitahu dia hanya memiliki RM1,100 dan suspek yang menghubunginya berkata dia setuju menerima jumlah berkenaan, namun untuk ‘mencukupkan’ jumlah RM10,000 yang dituntut, mangsa perlu menyerahkan tubuhnya.

“Suspek memberitahu, persetujuan mangsa mengadakan hubungan seks bukan saja sebagai sebahagian bayaran wang tebusan, tapi juga bayaran bagi melunaskan hutang bekas suaminya itu,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit kemudian diarahkan bertemu di sebuah pasar di Jalan Klang Lama dan diberi amaran agar merahsiakan perkara itu jika tidak mahu bekas suaminya itu ditembak hingga mati.

Sumber itu berkata, bersimpati dengan nasib bekas suaminya wanita itu mengikut arahan diberikan dengan pergi bersendirian ke lokasi diarahkan.

“Sejurus tiba di lokasi berkenaan, mangsa menemui lima lelaki sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pantai Dalam dan dipertemukan dengan bekas suaminya yang dijadikan tahanan.

“Mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang daripada ahli kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan RM1,100 sebagaimana dijanjikan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak berakhir di situ kerana mangsa masih diganggu dan diugut biarpun sudah menyerahkan sejumlah wang dan tubuhnya kepada penjenayah terbabit.

“Ini kerana mangsa dihubungi semula kumpulan terbabit kira-kira jam 3 pagi, 12 Jun lalu sebelum diarahkan membayar sejumlah lagi wang atau keluarga dan bekas suaminya akan dibunuh jika dia gagal berbuat demikian.

“Tidak tahan dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, jam 1.30 tengah hari, hari sama,” katanya.

Sumber itu berkata, bekas suami mangsa sudah dibebaskan kumpulan penjenayah terbabit. – Informasi Dot My

Artikel Menarik Lainnya

2 comments:

Gombug said...

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...

Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...

Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...

Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...

SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.