Peringatan Penting !! | Jika Kemalangan Jangan Berhenti Terus Ke Balai Polis Buat Report

Peringatan Penting !! | Jika Kemalangan Jangan Berhenti Terus Ke Balai Polis Buat Report Melihatkan begitu banyak kes jenayah ketika ini dengan pelbagai modus operandi, pelbagai senjata, pelbagai tipu helah dan sebagainya hanya kepada Allah kita berserah dan bertawakal disamping kita mengambil langkah berjaga-jaga serta bersiap siaga. Selepas ini kalau ada kemalangan, jangan berhenti, terus ke balai polis buat repot.

Langgar dan rompak

Hilang kereta dirempuh
Metro 27 Jun 2013

Kuala Lumpur : Seorang ahli perniagaan berputih mata apabila keretanya dilarikan selepas dilanggar dua lelaki bersenjatakan parang ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di susur keluar Lebuh Raya Besraya menghala Salak South, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang berusia 43 tahun memandu kereta Honda Accord seorang diri apabila tiba-tiba dilanggar sebuah kereta Toyota Vios dari belakang.

Menurut sumber, sebaik saja mangsa keluar dari kenderaannya, dua lelaki bersenjatakan parang terus menerpa ke arahnya sambil mengacukan senjata berkenaan dan mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga miliknya.

“Seorang suspek kemudian masuk ke dalam kereta milik mangsa sebelum memecut laju meninggalkan lelaki malang itu di tepi jalan,” katanya.

Sumber: hmetro.com.my

Makan lewat malam adalah tidak digalakkan kerana terdedah kepada kes jenayah.

Disamun lepas makan
Metro 27 Jun 2013

Kuala Lumpur: Kegembiraan tiga sahabat selepas menikmati makan malam di sebuah restoran bertukar malang apabila dipukul dan disamun enam lelaki dalam kejadian di Jinjang, di sini, kelmarin. Kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan mangsa kerugian RM5,000 dan cedera di muka serta badan.

Sumber polis berkata, tiga mangsa berusia 20-an didatangi enam lelaki yang memberhentikan motosikal di depan mangsa dan minta mereka supaya tidak bergerak.

“Mangsa cuba melarikan diri ke arah kereta, namun tidak sempat apabila enam lelaki bertindak ganas memukul mereka dengan besi dan tangan.

Sumber: hmetro.com.my

Kemungkinan senapang angin digunakan dalam jenayah kejam ini.

Suami rebah dibidik
Metro 27 Jun 2013

Gombak: Seorang lelaki mati selepas ditembak di kepala sebelum dia rebah atas riba isterinya di depan rumah mereka di Taman Bukit Permata, Taman Sri Gombak, di sini, semalam. Kejadian berlaku jam 7 pagi itu, pengarah kanan operasi sebuah syarikat swasta berusia 46 tahun itu baru keluar rumah untuk menghantar anaknya ke sekolah.

“Kami masih menunggu laporan perubatan kerana rawatan awal menemui kepingan logam belakang kepala mangsa namun belum boleh disahkan sama ada cebisan peluru atau tidak. “Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak menemui senjata dan tiada saksi awam yang melihat kejadian itu. Isteri dan anak mangsa juga mendakwa tidak mendengar bunyi tembakan,” katanya.

Rahim berkata, siasatan lanjut, mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan usaha mengesan suspek giat dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Sumber: hmetro.com.my", Tranungkite.net

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

potia casadelarossa said...

macam2 cara org guna.. waspadalah selalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.