Perlawanan Akhir Piala FA 2013 Kelantan VS JDT Ditangguh | JIka Indeks Pencemaran Udara ( IPU ) Melebihi Catatan 100

Perlawanan Akhir Piala FA 2013 Kelantan VS JDT Ditangguh | Jika Indeks Pencemaran Udara  ( IPU ) Melebihi Catatan 100 | KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan menangguhkan kejohanan sukan yang akan berlangsung sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi catatan 100.


Gambar Perlawanan Akhir Piala FA 2013 Kelantan VS JDT

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, KBS telah menyediakan garis panduan apabila bacaan IPU melebihi paras 100 ditakrifkan sebagai tidak sihat oleh Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kemungkinan besar tiada perlawanan Akhir Piala FA 2013 Kelantan VS JDT diadakan dan diganti pada hari lain.

Tambahnya, garis panduan tersebut juga menyatakan acara sukan yang dipertandingkan di dalam dewan tertutup boleh diteruskan seperti biasa.

 "Dalam masa dua minggu ke hadapan ini, terdapat empat  kejohanan utama sukan yang akan berlangsung .

"Kita sediakan garis panduan, KBS juga menyarankan agar mana-mana penganjur acara atau kejohanan yang lain turut sama menggunakan pendekatan garis panduan ini, bagi memastikan kesihatan pihak yang terlibat," katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Difahamkan, antara sukan yang akan berlangsung pada Jun dan Julai depan adalah  Sukan Malaysia ke-16 (Lembah Klang), Kejohanan Hoki World League 3 (Johor Bharu), Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia dari Kuala Lumpur ke Melaka dan Perlawanan Akhir Piala FA antara  Kelantan VS JDT .

 Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, KBS dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara akan terus memantau rapi bacaan IPU di setiap lokasi kejohanan utama yang berkaitan terutamanya perlawanan  Akhir Piala FA 2013 Kelantan VS JDT , ke arah melaksanakan pematuhan garispanduan ini.

"Walaupun KBS prihatin akan persediaan yang telah dilaksanakan dan kos yang telah dibelanjakan untuk pelbagai acara terutamanya perlawanan  Akhir Piala FA 2013 Kelantan VS JDT atau kejohanan yang lain, namun  kepentingan rakyat perlu didahulukan demi kebaikan bersama.," katanya lagi. Sinar Harian

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.